Assalamualaikum. Kali ini nak berkongsi sedikit tentang kebahagiaan. Yaa mungkin ramai dah tahu apa erti bahagia yg sebenarnya. Tapi mungkin tidak. Biarlah masing masing bebicara tentang pendapat mereka sendiri. Kita di sini bersama saling bertukar pendapat antara satu sama lain asalkan masih boleh diterima dan baik khususnya.
Bahagia itu ada bahagiannya dan ada pula skopnya. Ada bahagia dalam gembira, ada juga bahagia dalam keperitan. Begitulah kehidupan, ada lumrahnya yg tersendiri. Kadang kita terlalu memaksa diri untuk membahagiakan orang lain daripada diri sendiri demi menjaga hati pihak lain. Bukanlah cara ini dilarang sama sekali, adakalanya kita harus gunakan cara ini pada waktu tertentu berdasarkan keadaan. Tetapi beringatlah bahawa jika amalan ini menjadi gaya hidup anda, ini sebenarnya anda telah merosakkan hidup anda sendiri. Sudah tentu kita amat memerlukan kebahagiaan yg sebenarnya iaitu bahagia dalam gembira. Namun masih ada juga yg lebih sukakan hidup begitu. Bukankah memeritkan dan amat derita. Semuanya terletak di tangan anda ;)
Sedang kita masih memikirkan bahagia apakah yg selayaknya untuk kita sendiri, biarlah pilihan itu tepat dan selesa bagi diri kita. Biarpun kita terpaksa melepaskan seseorang demi kebahagiaanya, itulah cara terbaik bagi diri kita mencari kebahagiaan yg hakiki. Usahlah ditangisi kisah silam dulu, yang sudah tu sudahlah. Usahlah dikesalkan apa yg sudah lepas, sebaliknya kita harus merancang untuk masa depan dan perbaiki segala kekurangan.
Setiap orang mempunyai cerita yg tersendiri. Usahlah perkecilkan apa mengenainya sebaliknya berikanlah mereka dorongan akan kehidupan mereka. Dan hormatilah mereka yg menggunakan cara untuk bahagia tuk mereka diri sendiri. Jangan fikir org yg berkedudukan tinggi, hemsem ataupun cantik hanya memiliki bahagia yg benar. Tetapi apa yg sebenarnya org bawahan, golongan sederhana mahupun org miskin juga mampu miliki kebahagiaan dgn sebenar benar bahagia berbanding org yg berada di golongan atasan. Semua org berhak ke atas semua kebahagiaan. Tiada terkecuali. That's fact. Baiiii :)

No comments:
Post a Comment