I know this is too much for you,
But I just only have a wish,
Please remember me in your du'a,
Even I don't deserve for that,
I hope my dream will come true,
Thanks for everything,
May Allah always bless you.
- Fuad. 2014.
I`m the owner , welcome (:
Friday, 7 November 2014
Sunday, 2 November 2014
Percaya
Harapan setinggi gunung,
Kepercayaan yang dia berikan padamu,
Tapi kau tak pernah hargai,
Kau hancurkan segalanya,
Punah dan musnah.
Dulu kau juga yang merayu,
Kau juga yang memujuknya,
Hingga setengah mati,
Namun kini tidak lagi seperti dulu,
Kau berubah bagaikan lalang.
Tergamak kau khianati dia,
Tergamak kau lukai dia,
Jiwanya hancur,
Air matanya gugur,
Dengan penuh deras.
Kepercayaan sesuatu yang indah,
Jika kau jaga dengan baik,
Dengan penuh tanggungjawab,
Malangnya kau tidak pernah sedar,
Berharganya dirimu terhadapnya.
- Anonymous. 2014.
Saturday, 1 November 2014
Buta
Kau sering mencari,
Insan yang sempurna,
Untuk kau jadikan teman hidupmu,
Penenang jiwamu,
Dan sehidup semati bersamanya.
Sebenarnya,
Kau terlalu tamak,
Tidak menerima hakikat,
Tak semua kemahuanmu,
Dan keinginanmu,
Bakal menjadi milikmu hingga mati.
Kau terlalu memandang kecantikan,
Yang bersifat sementara,
Matamu dikaburi,
Egomu sering membayangimu,
Hati yang mati bagaikan tak bermata.
Kau sering biarkan,
Insan yang setia menunggumu,
Kerana terlalu mencari yang sempurna,
Kau bagaikan tiada hati perut,
Memusnahkan jiwa dan harapannya.
Kau kejar insan yang tidak pernah,
Menghargaimu sepanjang masa,
Sedangkan ada insan lain yang sanggup,
Terima kau seadanya, warnai harimu,
Kau buta, dan terus buta.
- Angin Awan. 2014.
Insan yang sempurna,
Untuk kau jadikan teman hidupmu,
Penenang jiwamu,
Dan sehidup semati bersamanya.
Sebenarnya,
Kau terlalu tamak,
Tidak menerima hakikat,
Tak semua kemahuanmu,
Dan keinginanmu,
Bakal menjadi milikmu hingga mati.
Kau terlalu memandang kecantikan,
Yang bersifat sementara,
Matamu dikaburi,
Egomu sering membayangimu,
Hati yang mati bagaikan tak bermata.
Kau sering biarkan,
Insan yang setia menunggumu,
Kerana terlalu mencari yang sempurna,
Kau bagaikan tiada hati perut,
Memusnahkan jiwa dan harapannya.
Kau kejar insan yang tidak pernah,
Menghargaimu sepanjang masa,
Sedangkan ada insan lain yang sanggup,
Terima kau seadanya, warnai harimu,
Kau buta, dan terus buta.
- Angin Awan. 2014.
Friday, 31 October 2014
Setia
Ramai yang bercinta,
Bagai melulu,
Terlalu ghairah,
Tanpa mengenal,
Erti kesetiaan.
Kadang kau suka mempersoalkan,
Di mana kesetiaan si dia,
Sedangkan kau juga sering menafikan dirimu,
Bahawa kau menduakannya,
Kembalilah kau ke dunia nyata.
Usah kau menuding jari lagi,
Bangunlah dari tidurmu yang lena,
Belajar untuk setia,
Kerna si dia bukan tunggul,
Yang kau biar tanpa hirau.
Setia bukanlah bahan dagang,
Yang boleh dibeli bila kau mahu,
Semailah ia, bajailah ia,
Bagaikan nyawamu sendiri,
Kerna cinta akan punah tanpanya.
- Unknown. 2014.
Bagai melulu,
Terlalu ghairah,
Tanpa mengenal,
Erti kesetiaan.
Kadang kau suka mempersoalkan,
Di mana kesetiaan si dia,
Sedangkan kau juga sering menafikan dirimu,
Bahawa kau menduakannya,
Kembalilah kau ke dunia nyata.
Usah kau menuding jari lagi,
Bangunlah dari tidurmu yang lena,
Belajar untuk setia,
Kerna si dia bukan tunggul,
Yang kau biar tanpa hirau.
Setia bukanlah bahan dagang,
Yang boleh dibeli bila kau mahu,
Semailah ia, bajailah ia,
Bagaikan nyawamu sendiri,
Kerna cinta akan punah tanpanya.
- Unknown. 2014.
Thursday, 30 October 2014
Gelodak jiwa
Suatu ketika,
Badan tersandar pada dinding,
Jatuh terduduk,
Fikiran kian bercelaru,
Hingga diri pun tidak mampu kawal.
Sebenarnya,
Kau letih dengan perasaan sendiri,
Penat menjaga hati,
Tiada yang masih peduli,
Akan keadaan dirimu.
Jiwa sakit,
Penuh dengan luka,
Bagai dihiris sembilu,
Darah terus mengalir,
Tanpa henti.
Tubuh kian lemah,
Untuk terus melangkah,
Daya menghilang,
Sedikit demi sedikit,
Akhirnya tersungkur jua.
- Hati. 2014.
Badan tersandar pada dinding,
Jatuh terduduk,
Fikiran kian bercelaru,
Hingga diri pun tidak mampu kawal.
Sebenarnya,
Kau letih dengan perasaan sendiri,
Penat menjaga hati,
Tiada yang masih peduli,
Akan keadaan dirimu.
Jiwa sakit,
Penuh dengan luka,
Bagai dihiris sembilu,
Darah terus mengalir,
Tanpa henti.
Tubuh kian lemah,
Untuk terus melangkah,
Daya menghilang,
Sedikit demi sedikit,
Akhirnya tersungkur jua.
- Hati. 2014.
Subscribe to:
Comments (Atom)