Friday, 22 March 2013

Harapan

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat jugak menaip entry untuk kali ini. Semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Okay now, nak cerita tentang tajuk di atas. Semalam baru je diumumkan result spm 2012. Dan hasilnya semua keputusan dorang gempak gempak. Rezeki murah. Pandai la katakan. Dan....

 Ini membuatkanku rasa takut pun ada. Lagi semangat pun ada nak beat dorang. Dalam family aku, tinggal aku sorang je yg belum melepas spm. Anak bongsu en. Semua ahli keluarga meletakkan harapan yg tinggi pada aku. Dan aku tknak punahkan harapan mereka. Ku akan hadiahkan mereka keputusan cemerlang dalam spm tahun ni. InshaaAllah.

Aku tekad buat betol betol spm ni. Sebab aku tknak susah di kemudian hari. Selepas masuk U, mesti nak kerja. Memanglah kejayaan spm bukan penentu akan dapat kerja yg baik. At least nampak lah harapan cerah. Aku tknak tgk keluarga aku susah bila dah berkahwin. Amboi jauhnya fikiran aku. Yelah, jika tak fikir skrg, bila lagi? Sebelum nasi sudah menjadi bubur. Aku nak lihat keluarga ku senang dan bahagia.

Tapi yg paling utama, jika umur ku tak panjang, izinkanlah ku hadiahkan kejayaan dalam spm kepada ibu bapaku. Itu sudah cukup memadai bagiku. Jika mereka sedih akan kegagalanku, itu seakan bala bencana. Tapi tu semuanya rezeki Allah. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakal kepada-Nya. Doa itu adalah azimat yg penting. Jgn jemu berdoa kepada Allah. Dia maha pemurah. Okaylah, tu jelah nak share dgn anda semua. Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat. Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment