Saturday, 28 September 2013

Kawan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dapat jugak menaip entry utk kali ini. Setelah sekian lamanya.. Sibuk exam la katakan. Eceh. Okay now focus pada tajuk 'kawan'. Banyak dah aku belajar selama ini tentang sahabat. Just nak share dgn korang.

Mungkin indah apabila sahabat itu saling memerlukan antara satu sama lain. Erat mcm adik beradik. Renggang sekejap sudah terasa rindu dalam sanubari. Itulah sahabat sejati. Namun, kini aku mencari kawan yg sebegitu. Mampu menjadi pendengar setiaku. Mampu jadi penemanku di kala aku susah dan senang. Malangnya aku belum menemuinya lagi. Walhal aku yg menjadi pendengar setia kepada org lain. Apabila aku memerlukannya, mereka menjauhkan diri. Hatiku kian terseksa. Penuh dgn segala pendam. Bagai isi lupakan kulit. Yg mengambil berat tentangku terlalu sekejap, dan berlalu pergi.

Betul kata org, Allah ialah sebaik baik teman. Boleh ceritakan kisah harian kita. Mohon padanya segala kebaikan. Tapi apa salahnya kita memerlukan rakan yg boleh bimbing kita, bawa kita ke jalan yg dikehendaki. Yg boleh mendengar luahan hati antara satu sama lain. Tanpa sahabat, we are nothing. I still need friends. You are needed, not wanted.

Aku pernah cerita masalah ini kat seorang kawan and dia reply cmni "mungkin Allah datangkan ujian mcm ni dekat kau, mungkin Allah nak tunjuk yg Dia sebenarnya jeles sebab selalu jadikan manusia sbg telinga. sepatutnya kita jadikan Allah sbg pendengar setia" good feedback. Thanks kawan sbb mengingatkan aku. Aku lupa. Aku alpa. Ye, mungkin Allah hantar dia utk 'sedarkan' diri aku balik dari tidur. Alhamdulillah. May Allah ease everything. Aamin inshaa Allah. Okayla cukuplah sampai di sini sahaja. Semoga kita berjumpa lg inshaa Allah. Assalamualaikum :-)

No comments:

Post a Comment