Assalamualaikum w.b.t . hai , ape khabar korang semua ? waras ? harap2 sentiasa dalam keadaan baik2 aja kok . ecehh , nak berindon-indon pulak sy ni .haha . actually saje je nak tulis kat blog ni haa . lame dah tak post and menaip2 bagai . huhu . tktau nak tulis ape .
Okay , straight to the point . aku nak cita tentang kejayaan . yess , success atau pun lebih dikenali dalam bahasa arab ''najah'' . yaa , kita tahu berjaya sudah tentu kenangan paling manis buat kita . tanpa usaha , tkde lah datangnyaa kejayaan . ingat ape , berjaya boleh datang dgn sendirinyaa , spt bulan jatuh ke riba. wah , jangan harap .
Sometimes kita ni silap , kita ni berjaya bukan kerana-NYA , tapi kerana ganjarannya . misalnya , kita belajar yg dok hari2 kat sekola tu , kerana ape ? kerana Allah , right ? kita nak ilmu yg diberkati oleh-NYA . yg juga menjadi panduan untuk kehidupan kita . sy teringat cerita cikgu sy baru2 ini . dia tanya kami sekelas ''kamu belajar kerana apa ? '' then kami jawab lah ''kerana Allah '' . pastu dia pun ckp , '' betul ke ape yg kamu kata ni , cuba fikir betul-betul . kita sebenarnya dimotivasikan oleh duit . kita belajar untuk apa ? untuk berjaya kan and dpt kerja yg bagus serta gaji yg tinggi . bukankah namanyaa kita belajar kerana duit ? '' kami hanya tersenyum dan gelak2 . betul juga kata cikgu ni . all about money ! kita hidup mestilah perlu kan duit . tanpa duit , tktau apa jadi kat kita . Okay , tak begitu tuan-tuan dan puan-puan ? hoho XD
Now , cuba kita lihat kepada pelajar-pelajar yang berjaya . tak kisahlah peringkat upsr , pmr , spm mahupun universiti . Ada tak mereka cakap yang mereka berjaya atas tunjuk ajar guru-guru ? yaa , memang ada . tapi sedikit . bahkan lebih banyak yg mengatakan mereka berjaya atas dasar usaha mereka yang belajar dari pagi sampai malam , pegi tusyen and bla bla ~ seee , nampak sangat mereka tak menghargai guru-guru yang mengajar mereka selama ini sehinggalah mereka berjaya . habes tu guru-guru tu nak letak mana ? hmm , sungguh mengecewakan . lebih baik cikgu tu mengajar mereka yg bengap , lembap tapi tahu mengenang jasa guru . daripada mengajar budak budak yang berjaya tapi tidak mahu langsung untuk berterima kasih pada guru . betul kan apa yang saya cakap ni ? jika ada yang tersilap or terasa , saya mohon maaf . ini pandangan saya sendiri .
Like usual , pesanan saya ialah jadilah manusia yang sentiasa memperbaiki diri ke arah lebih baik dan menyiapkan bekalan untuk bertemu dengan Allah kelak . InsyaAllah :) okay lah , itu saje rasanya sy nak cakap . yang baik datang dari Allah , yang buruk datang dari silap sy sendiri . Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh :)
No comments:
Post a Comment