Assalamualaikum . harini aku just nak luah perasaan yg lama terpendam . cewahh . haha. Straight to the point , aku tuju kat seseorang aku kenali sbg kawan skrg . Sorry lah walaupun dah lambat , dah setahun berlalu , tapi baru harini aku nak luah kan . aku bukan nak ungkit kisah lama . tapi ada sebab aku buat camni . aku dah tak sanggup nak simpan semua ni lama-lama . Aku nak ambil yang jernih , buang yang keruh .
First , yaa dulu mungkin kita kenal dalam waktu yg sekejap dan seterusnya in a relationship . maybe our relationship just 2 bulan setengah . mungkin banyak perkara manis yg kita hadapi sepanjang masa tu tapi sepanjang tulah berbagai-bagai halangan dan dugaan yg aku hadapi . yaa , bukan aku seorang jee . dia pun sekali . tapi aku rasa aku yang tanggung semua ini sorang sorang . Kau nak tahu tak , first konflik yg kite hadapi adalah masa aku bagitahu kat kawan kawan aku yg minat kau yg kau aku punyaa . Salahkah aku ? Aku bukan apa , aku tknak kehilangan . Aku tahu kau taknak benda ni kecoh kecoh kat satu sekolah . Aku pun tahu kau takut kalau cikgu cikgu tahu pasal kita dan banyak lagi lah . tapi aku tengok orang lain yg couple hidup aman jee . takda nak takut takut . Mungkin aku pernah janji yang aku takkan bagitahu orang lain . dan aku dah langgar apa yang aku janji . yee , aku tahu aku salah . aku mintak maaf . tapi kau sedar tak selama ni , aku just jaga hati kau seorang je . hati aku ? siapa nak jaga ? hmm tkpelah ,
Then , sejak itulah aku dah mula tawar hati dengan kau . aku dah mcm tknak amik kesah pasal kau and anything . yee , aku bukan orang yg kau nak , lelaki yang bukan kau nak . aku sedar , aku hanya membosankan and annoying . After that , aku ingat lagi yang aku pernah berdoa kepada-NYA yang jika dia bukan untukku , gantikan lah dengan yang lebih baik . Alhamdulillah , tak lama lepas itu Allah kabulkan segala permintaan ku . Walaupun bila kau mintak putus drpd aku , aku mcm marah marah kau sebab kenapa kau buat aku cmni . tapi bila dah lama lepas tu , aku sedar yg aku tak layak pun nak marah marah kau . sebab aku yang mintak jadi begini . Dan ini mungkin cara yang paling baik untuk kita . kita dah tak sehaluan dan tiada sepakat kata . Sekarang ni pun kau dah jumpa orang baru yg jauh lebih layak dr aku untuk kau . Aku tumpang bahagia dari jauh bila tengok korang bahagia . Moga moga kekal sampai bila bila . mungkin kau ingat segala pesanan aku kat kau yg jika kau kecewakan dia , kau juga kecewakan aku . so jaga dia baik baik ;)
Dan beberapa bulan lepas kejadian tu , aku mula buang segala memori dan perasaan terhadap kau . Segala surat surat daripada kau dah lama aku bakar oleh kerana aku nak padamkan segala kenangan bersama kau , tak mahu ingat lagi dan mahu mulakan hidup yang baru dgn seorang diri tanpa kau . Alhamdulillah , ini mungkin petunjuk bagi Allah untuk aku lebih dekat kepada-NYA .mungkin sebelum ini aku jauh daripada-NYA . Astagfirullah :(
Akhirnya , dekat beberapa bulan selepas tu rasanya , aku dah anggap kau sebagai kawan . Memang mula mula aku memang benci kat kau , tapi bila fikir fikir balik . takda faedah pun aku nak buat kau cmtu . Kita ni manusia tak elok benci membenci , bahkan lebih elok hidup dgn aman dengan harmoni . Yaa , mungkin benar kata kau , kita boleh hidup sebagai kawan dan tidak putus hubungan . yee , aku pun mahu begitu jugak :)
Lima bulan selepas tu , alhamdulillah aku dah berjumpa seorang yang aku inginkan selama ni . Dia seorang yang memang penuhi segala citarasa aku dan maybe sepadan dgn aku :) cewahh . haha . rasa bahagia bila dengannya dan amat dekat pada-NYA . Alhamdulillah . harap harap kekal hingga selamanya . Amin amin :)
Okaylah , aku mintak maaf jika ada terasa apa yang luahkan tadi dan maybe boleh tegur aku jika aku ada lakukan kesalahan . Aku terima dengan hati yang terbuka . InsyaAllah :) apa yang segala di atas tadi hanya luahan hati aku sudah terperap lamanya dan aku rasa puas bila dah luahkan semua ni . Now time for me think positive and throw away all negative thinking . Kepada orang yang aku tujukan tadi , aku banyak banyak mintak maaf . Aku takda niat pun nak buruk buruk kan kau . Aku just luahkan segala isi hati aku . We are still friends and forever :) kboi ~
No comments:
Post a Comment