Kedengaran hanyalah bunyi kipas dan cahaya lampu menyinari seluruh genap bilik tidurku . Dan sejak itulah , berbagai bagai, bermacam macam yg aku fikirkan tentang diri ini yg serba kekurangan , orang yg aku sayang dan kehidupan yg sentiasa mencabar dan penuh onak duri yg perlu dilalui. Sesungguhnya aku ini hanyalah menjalankan tugas sebagai khalifah di bumi ini dan inilah tanggungjawab yg perlu aku pikul sepanjang umurku di dunia ini.
Mungkin ku tidak sedari ramai yg diluar sana memerlukan rezeki untuk meneruskan hidup dan keperluan yg secukupnya , tapi aku hanyalah membazir serta membuang masa dan leka dengan nikmat dunia. Alangkah bagusnya jika aku dapat berkongsi kebahagiaan yg aku kecapi kini bersama mereka . Tak mustahil semua manusia di dunia ini dapat hidup dengan tenteram , aman dan bahagia hendaknya . Namun aku tahu ini hanya khayalan dan impian yg tidak mungkin terjadi . Sesungguhnya setiap makhluk yg Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri dan kita sebagai hamba hendaklah menerima atas segala yg tersurat dan tersirat pada ketentuan Allah .
Sedar tidak sedar , jarum jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi . Ah , lamanyaa ku termenung memikirkan kehidupan ini . Sepatutnya aku sudah berehat di atas katil dan bersedia untuk menghadapi hari keesokannyaa . Tetapi apakan daya , ini telah menjadi rutin harian hidupku . Walau tak ramai menggemarinya , sungguh aku tidak boleh lekang dan sudah sebati dengan jiwaku . Mungkin jiwaku yg sentimental ini menyebabkan aku mudah hanyut dalam gelora jiwa dan lebih suka melayani perasaan sendiri . Tidak kisahlah apa kata orang tentang diriku , yg aku tahu hanyalah terus berjalan dan terus mengorak langkah ke hadapan . Namun aku cuba menoleh ke belakang sedikit untuk mengetahui apa yg bakal berlaku pada diriku kelak . Sesungguhnya pengalaman itulah mengajar kita erti kedewasaan dan fikiran yg lebih matang dalam melakukan sesuatu tindakan.
Dan cukuplah sekadar ini sahaja yg aku boleh perihalkan tentang diri ini kepada kalian semua . Kita tahu semua manusia inginkan kesempurnaan, tapi inilah lumrah kehidupan menusia , tiada yg sempurna malah mempunyai kekurangan yg unik dan mungkin tidak ada pada orang lain .Itulah ke-specialnya hidup ini . Janganlah mengeluh atas apa yg berlaku, tetapi cubalah untuk menerima apa yg bakal terjadi . Itu lebih baik bagi kamu . InsyaAllah . Assalamualaikum :)

No comments:
Post a Comment