Wednesday, 8 August 2012

Memori Terindah

Assalamualaikum. Alhamdulillah harini sudah masuk 19 ramadan 1433 hijriah . Seminggu lebih je lagi sebelum menjelangnya raya . Pabila org lain sibuk hendak menyambut hari raya , dengan beli baju raya , kasut dan macam macam lah . Konpem konpem kedai baju full dikunjungi org . Tak kurang juga org siap sedia untuk balik kampung meraikan hari bahagia ini bersama keluarga yg tersayang .InsyaAllah raya kelima , my sister akan adakan akad nikah . Semoga semuanya berjalan dengan lancar . And to my beloved sister , selamat pengantin baru , moga berkekalan hingga ke syurga :)

Bila sebut hari raya , seakan tiada apa-apa kesan padaku . Sedih pun tidak , bahagia pun tidak . Ala kadar gitu . Yelah , umur pun meningkat . Nikmat hari raya mcm kanak kanak dulu tak sama dgn sekarang . Bila org lain seronok berhari raya di kampung , aku hanya berhari raya di rumah sendiri , keluarga sendiri . Kadang kala rasa kesunyian pun ada . Kalau lah boleh putar masa , aku mahu kembali ke zaman kanak kanak yg boleh pertemukan aku dgn atuk , sepupu dan sedara lain di Jengka 19, Pahang.

Dulu saban tahun aku balik sana , berhari raya di sana. Tapi kini hanyalah kenangan yg terindah yg mungkin tidak terungkap di bibir. Tahun ni dah masuk 7 tahun aku tak pulang sana. Kali terakhir aku di sana ketikaberumur 9 tahun , ketika atuk kesayanganku sudah menghembuskan nafas buat kali terakhir .Apalah agaknya berita kampungku syurgaku itu kini, dan sedara sedara yg amat aku sayang. Seakan rinduku makin kuat di sanubariku. Seakan ingin bertemu mereka kembali . Jika ada rezeki , insyaAllah aku akan pulang sana. Kini, biarlah segala memori itu kekal di ingatanku buat selamanya.dan aku sematkan di hati luhur ni :')


                                                                       imissyou :)

No comments:

Post a Comment