Monday, 20 August 2012

Seloka 4 Akaun 1 2012

Tidak secantik bahasamu
Ku ubah lagu menjadi lagu
Assalamualaikum ucapan yang satu
Sebagai pembuka lembaran yang baru

9 putera 14 puteri
Sepanjang masa riuh sekali
Bab bergaduh takkan berhenti
Tapi inilah family kami

Berperwatakan biasa empunya diri
Penuh konsisten mengajar kami
Subjek addmath takkan dilupai
Sir Saiful ayahanda disayangi.

Ketua kelas kami alahai ‘blurnya’
Conduct kelas kami macam berwibawa
Smart, pendek, kuat tidur orangnya,
Aiman Junit empunya nama,

Happy go lucky di kelas kami
Senyuman diukir setiap hari
Syazwani Fuad nama diberi
Siapa tak kenal assistant monitor kami

  Ke tepi! Ke tepi Ah Long sudah mari
Siapa tak bayar pasti dicari
Tiada duit..? Tidak mengapa..Anda dimaafi
Fatihah Jaafar empunya diri

Dua orang jejaka satu kepala
Kemana sahaja pasti berdua
Haziq dan Muqri itulah dia
Jangan salah anggap hubungan mereka berdua

Ke sana ke sini menyibukkan diri
Mengacau gadis perkara diminati
Pengawas yang ‘sangat’ berwibawa di kelas kami
Iqbal Hakim empunya diri

Pasangan kembar di kelas kami
Homework diberi siap cepat sekali
Bermata lawa manis sekali
Aina & Aida lah empunya diri

Nama serupa muka tak seberapa
Kalau bersuara berkerut dahi
Aliff Iman & Aliff Lutfi empunya nama
Satu-satunya budak laki harapan kami

Aisya dan Amiera pemalas orangnya
Asyik bersama satu kepala
Kelihatan ayu satu cita-cita
Gelaran Jawa Rangers itulah mereka

Sentiasa duduk di bangkunya
‘Cool steady’ itu gayanya
Pakar addmath sungguh tak sangka
Muhd Rafiezi empunya nama

Orangnya pendiam mudah tersenyum
Lemah lembut peribadi tinggi
Ibarat mawar sedang menguntum
Sumayyah & Zahratul nama diberi

Pabila disoal gelabah bukam main lagi
Bila buat bising lupa diri
Itulah Balqis Musfareza kami
Kalau dipuji habis dibangganya diri

Dalam diam buat ‘markaz’ sendiri
Nur Izzaty bermuka gangster sekali
Rakannya Siti Nur pemalu yang pasti
Disuruh bersuara berkerut dahi

Orangnya sengal periang pula
Merekalah penyeri di kelas kami
Iqbal Zaki dan Fuad empunya nama
Bila diumpat matilah kami

Gelaran ‘Nale’ sudah sebati
Itulah Najla orangnya lawak sekali
Buat kecoh dengan rakannya sendiri
Ain Nabila kau pun join sekali?

Mendapat A+ impian dihati
Subjek Matematik sentiasa diminati
Seorang yang selalu merendah diri
Siapa tak kenal itulah Hajar kami

Jari disusun ampun diminta
Jika terkena atau terasa
Bukan nak mengutuk atau mengata
Hanya sekadar kenangan buat kita semua

Riang kicauan burung menjelang pagi
Straight A+ in SPM matlamat ditujui
Impian ditanam terus membayangi
Moga-moga tercapai hasrat dihati

Wahai guru dan juga teman
Sampai disini kami berseloka
Semoga kita sentiasa bersama
Kami memohon meletak pena


                                                                                            Nukilan khas dari 4 Akaun 1’s member...

No comments:

Post a Comment