Friday, 31 October 2014

Setia

Ramai yang bercinta,
Bagai melulu,
Terlalu ghairah,
Tanpa mengenal,
Erti kesetiaan.

Kadang kau suka mempersoalkan,
Di mana kesetiaan si dia,
Sedangkan kau juga sering menafikan dirimu,
Bahawa kau menduakannya,
Kembalilah kau ke dunia nyata.

Usah kau menuding jari lagi,
Bangunlah dari tidurmu yang lena,
Belajar untuk setia,
Kerna si dia bukan tunggul,
Yang kau biar tanpa hirau.

Setia bukanlah bahan dagang,
Yang boleh dibeli bila kau mahu,
Semailah ia, bajailah ia,
Bagaikan nyawamu sendiri,
Kerna cinta akan punah tanpanya.

- Unknown. 2014.




No comments:

Post a Comment