Kau sering mencari,
Insan yang sempurna,
Untuk kau jadikan teman hidupmu,
Penenang jiwamu,
Dan sehidup semati bersamanya.
Sebenarnya,
Kau terlalu tamak,
Tidak menerima hakikat,
Tak semua kemahuanmu,
Dan keinginanmu,
Bakal menjadi milikmu hingga mati.
Kau terlalu memandang kecantikan,
Yang bersifat sementara,
Matamu dikaburi,
Egomu sering membayangimu,
Hati yang mati bagaikan tak bermata.
Kau sering biarkan,
Insan yang setia menunggumu,
Kerana terlalu mencari yang sempurna,
Kau bagaikan tiada hati perut,
Memusnahkan jiwa dan harapannya.
Kau kejar insan yang tidak pernah,
Menghargaimu sepanjang masa,
Sedangkan ada insan lain yang sanggup,
Terima kau seadanya, warnai harimu,
Kau buta, dan terus buta.
- Angin Awan. 2014.
No comments:
Post a Comment